Siri 8: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa
Blog post description.
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Siri 8 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sambungan....
7.0 Bagaimana Puasa Membentuk Taqwa
Pertama:
Puasa - menahan makan dan minum.
Puasa melatih menahan lapar dan dahaga. Latihan ini adalah di antara latihan yang sangat berkesan untuk menundukkan keinginan nafsu syahwat, nafsu ego, takabbur serta kejahatan2 nafsu yang lain.
Apabila makan minum ditahan, maka salur darah akan menjadi sempit, dan ini membawa beberapa kebaikan:
(1) Salur darah sempit melemahkan hembusan nafsu2 kejahatan.
(2) Salur darah sempit akan menyempitkan laluan jinn syaitan mengalir bersama darah untuk bisikkan kejahatan.
(catitan : iblis dan anak cucunya syaitan yang diikat di Bulan Ramadhan. Jinn jahat, kafir, fasiq tetap ada dan boleh meresap dalam darah dan memasuki jantung untuk bisikkan kejahatan)
(3) Menghargai dan syukuri Ni'mat Allah beri makan minum.
(4) Menyedari /insafi betapa ramai lagi manusia lain disebahagian dunia tak dapat makan dengan baik dan ada yang mati kelaparan.
(5) Kelaparan membawa ingat kepada Allah.
Jika dihalusi penerangan di atas, dapat difahami pada keseluruhannya proses pembersihan hati berlaku apabila seseorang berpuasa dengan ikhlas, sungguh2 serta mematuhi hukum dan adab tertibnya.
Kedua:
Mendapat Keampunan sekalian dosa2nya:
Ini janji Allah dan Rasul Nya bahawa semua dosa2 (kecil) yang telah dilakukan oleh hamba2 Allah yang berpuasa diampuni kesemuanya oleh Allah Ta'ala. [Dosa2 besar jika ada, akan hanya terhapus dengan mematuhi syarat2 Taubat Nasuha].
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keImanan dan mengharap keredhaan Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.
[Imam Bukhari]
Ketiga :
Kebajikan berlipat kali ganda.
Pada bulan Ramadhan, Allah Ta'ala melipatgandakan ganjaran bagi semua ibadah, sedekah, fisabilillah dan apa saja kerja2 kebajikan untuk Ummat. Di bulan2 biasa Allah Ta'ala berikan ganjaran sehingga 700 kali lipat. Di bulan Ramadhan ganjarannya tiada terbatas ganjarannya. Hanya Allah yang menentukannya pada setiap orang.
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman, “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim ]



