Siri 8: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid
Blog post description.
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID
Siri 8 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat – benteng Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Madrasah Ahli Ma’rifat @ Madrasah Ahli Sufi telah merentasi zaman sekian lama sejak kewafatan Rasulullah ﷺ tiada pernah berhenti dan tiada pernah terputus.
Pada setiap masa dan setiap Wilayah, pasti wujud di sana ada seorang Arif BIllah @ Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Mursyid, Insan Rabbani memimpin manusia kepada Ketuhanan. (rujuk huraian pada 7.3)
Ini satu-satunya Madrasah Pendidikan Keruhanian yang suci yang terulung, tertinggi dan tertua di dunia, yang tidak pernah malap, tiada pernah tenggelam, jauh sekali daripada pupus atas muka bumi.
Ini juga satu-satunya Institusi Pendidikan yang tidak pernah berdaftar kepada Penguasa2 dunia atau kerajaan dunia, tetapi wujud di seluruh pelusuk dunia dengan satu panggilan yang serupa – Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat. Walaupun Pemimpin2 Madrasah ini (yang sedang memimpin “kaum” di wilayah mereka masing2 di seluruh pelusok dunia ini) tidak pernah bertemu dan tiada kenal satu sama lain secara fizikal, tetapi mereka disatukan di bawah satu panji2 yang melangkaui sempadan bumi dan lautan. Boleh jadi jasad mereka berjauhan antara satu dengan lain, tetapi ruh mereka bersatu di dalam satu “ saf yang kukuh” di hadapan Rabbul Jalil…!
Adakah di antara kalian musykil, bagaimanakah ini mungkin terjadi?
Untuk mendapat jawapannya sila baca semula dari awal siapa yang dikatakan Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi, Maqam mereka dan kedudukan mereka disisi Allah Ta’ala. Maka di sana akan nyata pada pandangan matahati kamu bahawa sememangnya Madrasah Ahli Sufi ini memiliki kekuatannya tersendiri kerana ia berdiri di atas cahaya Silsilah Rasulullah yang dipelihara oleh Allah Ta’ala.
Para pendokongnya (Peringkat Kepimpinan Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi) adalah mereka2 yang berhati suci murni, yang tinggi maqamnya, sempurna IKHLAS nya, Tinggi TAUHID dan TAQWA nya.
Tidak ada unsur2 syirik, kufur, nifaq mampu memasuki Sistem Pemerintahannya. Tidak ada unsur2 kesesatan mampu memasukinya, sama ada Golongan Mu’tazilah, Mujassimah, Khawarij, Syi’ah(rafidhi), Wahabiyah atau lain2nya tidak akan dapat memasukinya.
Demikian juga Golongan keruhanian yang tersesat seperti Ahli Kebatinan sesat atau Ilmu Hakikat Songsang tidak akan dapat memasukinya. Apa lagi golongan tukang sihir dan bomoh yang bersubahat dengan jinn syaitan takkan mampu menghampirinya pun.
Dengan demikian perhatikanlah dari dalam hati yang jernih...…!
Ini adalah “rahsia” dan “senjata tersembunyi” yang menjadi benteng kekuatan Ahlus Sunnah.
Inilah salah satu rahsia yang membolehkan Islam tetap beridiri kukuh sepanjang zaman.
Ummat Islam seluruh dunia akan terpelihara IMAN dan ISLAM mereka, jika mereka berada di dalam benteng kukuh ini, kerana benteng ini pada hakikatnya adalah benteng Cahaya Ketuhanan, di dalam penjagaan dan pemeliharaan Allah Ta’ala.
Rahsia ini tidak dapat dikesan oleh musuh2 Islam; sama ada mereka itu Yahudi, Nasrani maupun Wahabi-Najdi, Syiah (rafidhi), sekular atau lain2nya.
Segala senjata hebat dan radar sulit yang tercanggih sekalipun tidak akan dapat mengesan kekuatan tersembunyi ini.
Barangkali dengan penjelasan ringkas ini, kalian pembaca budiman mendapat sedikit gambaran akan kekuatan tersembunyi yang tersimpan pada diri Ahli Ma'rifat @ Ahli Sufi @ Warisatul Anbiya' yang siddiq yang menjadikan Institusi @ Madrasah Rasulullah yang diwarisi turun-temurun ini akan tetap terpelihara sehingga Qiamat.
Demikian juga Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan tetap unggul mengalahkan sekalian firqah2 sesat dengan barakah pimpinan Insan2 suci ini... !
Insya Allah.
Wallahu A'lam
Bersambung siri ke-9... Insya Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳



