بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 84: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 7: Mursyid palsu

sambungan.....

Mursyid Palsu atau Sufi Palsu Pada Zaman Terdahulu

Sambungan...

(10) Ilmu Martabat Tujuh sesat

Golongan ini meniru Tujuh Tingkatan Ma’rifat menurut Ahlus Sunnah dan menyelewengkannya kepada kebatilan. Mereka melukis rajah-rajah anggota kemaluan lelaki dan wanita lalu kaitkannya dengan Ma’rifat. Menurut mereka sesiapa yang sudah menghafal dan memahami lukisan-lukisan tersebut, maka itulah Haqiqat dan Ma’rifat. Jelas sekali pembohongan dan kesesatan mereka.

(11) Golongan Mahdi palsu

Menuju Akhir Zaman, bangkit kelompok-kelompok di berbagai sudut dunia mengaku pemimpin mereka sebagai Imam Mahdi. Kesemuanya sudah mati. Kesemua manusia yang mengaku Imam Mahdi semuanya sudah mati dan kumpulannya binasa, kecuali satu atau dua kelompok masih percaya pemimpin mereka yang sudah mati akan bangkit menjadi Imam Mahdi. Pegangan mereka telah menyalahi Ijma’ Ulama, maka masuklah mereka ke dalam kelompok sesat.

Demikianlah sebahagian daripada kelompok-kelompok tersesat di dalam Ilmu Keruhanian yang wujud pada zaman ini. Kebanyakan kelompok ini mempunyai sifat-sifat kelompok sesat yang disebutkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu.

Kebanyakan orang awam yang mencari-cari kebenaran atau mencari-cari kebahagiaan hidup tersalah masuk ke dalam kelompok-kelompok sesat ini kerana wujud “penyamaran” iaitu mereka menyamar sebagai Ahli Sufi dengan menggunakan istilah-istilah Ahli Sufi. Anehnya, sebahagian daripada kelompok-kelompok sesat ini turut didokong oleh golongan terpelajar seperti Profesor dan cerdik pandai Agama.

Bersambung siri 429 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 428)

■■■■■■■■■■■■■■■■■