بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 9: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20261 min read

SIRI 9 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DALIL 2


Firman Allah :

سُوۡرَةُ فَاطِر

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

[Faathir (35) : Ayat 32]

Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Ulama Warisatul Anbiya, Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah, Mursyid yang Kamil, Shaikh Murabbi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki.

Berkata Imam Jilani,

“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga kasyaf Ilahiyyah)

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

Perhatian penting:
Dua Firman Allah di atas adalah bukti kukuh adanya "Maqam Nubuwwah dan Maqam Risalah berterusan sehingga ke hari Qiamat.

Kedua2 Firman Allah ini juga menjadi bukti wujud Silsilah Rasulullah iaitu rantaian perguruan sambung-menyambung sehingga sampai kepada Rasulullah ﷺ yang tidak boleh diengkari oleh sesiapa pun.

Hujjahnya adalah: Penegasan Allah Ta’ala:

"Yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami"

Ini bermakna Allah Ta'ala memilih hamba2-Nya, dan ilhamkannya kepada Shaikh yang sedang memimpin kaumnya. Shaikhnya hanya mengisytiharkan pilihan Allah itu kepada jamaahnya.

Wakil Rasulullah @ Khalifah Rasulullah @ Pewaris Rasulullah ini BUKAN pemilihan pemerintah atau undian politik, atau kerana pangkat kedudukan, atau kerana ketinggian
di sisi masyarakat... semua ini TIADA mengena dengan pemilihan dan perwakilan tersebut. Ia semata2 anugerah Allah sesuai dengan cahaya Iman dan Rahsia Ilahiyyah didadanya.