بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 9: Menuntut Ilmu Agama

Kewajipan Menuntut Ilmu Agama

MENUNTUT ILMU

8/3/20261 min read

Penjelasan SIRI 9: Kadar Fardhu ‘Ain yang WAJIB dipelajari oleh setiap orang Islam.
______________________________

Kadar Wajib Ilmu Usuluddin - Tauhid - Ma'rifat
=================================
1. Wajib mempelajari 6 rukun IMAN.
2. Wajib mengetahui pengertian Kalimah Syahadah (لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰهِ) secara zahir, mengenal melalui aqal.
3. Wajib mengenal Allah secara zahir, melalui Aqal - Af'al Allah, Asma' Allah, Sifat Allah, Zat Allah.

Kadar Wajib Ilmu Fiqh
===================
1. Wajib mempelajari 5 Rukun Islam.
2. Wajib mempelajari cara wuhdu' dan solat.
3. Wajib mempelajari cara puasa, zakat, Haji (apabila cukup syarat).
4. Wajib mempelajari asas jual beli. Orang yang terlibat dalam perniagaan wajib mempelajari hukum muamalah jual beli secara lebih terperinci.
5. Wajib mempelajari hukum nikah kahwin, cerai, talaq.
6. Wajib mempelajari hukum dan adab kepada kedua ibu bapa dan Mursyid yang membawa kamu kepada Allah.

Kadar wajib bagi Ilmu Tasawwuf
=======================
1. Wajib mempelajari Syirik Khafi (syirik hati) dan cara-cara hapuskannya, cara-cara sucikan HATI.
2. Wajib mempelajari penyakit-penyakit hati dan mempelajari cara merawatnya (70 dosa besar hati).
3. Wajib mempelajari cara-cara mencapai Tauhid yang suci murni — mengenal Allah melalui penghayatan HATI.

========================
Jamaah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
========================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: TUNTUT ILMU FARDHU 'AIN

#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat
#SyariatToriqatRasulullah

#MursyidPewarisNabiYangSiddiq