Siri 9: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa
Blog post description.
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Siri 9 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sambungan....
7.0 Bagaimana Puasa Membentuk Taqwa
Keempat:
Seperti Bayi yang baru dilahirkan:
Hamba2 Allah yang benar2 berpuasa, menahan diri dari kesemua perkara larangan zahir dan batin, maksudnya BUKAN saja menahan makan minum dan jimak, tetapi jauh lebih dari itu menahan mulut,
telinga, hidung, tangan dan kaki sekaliannya daripada perkara2 sia2, bahkan sebaliknya keseluruhan
anggota tubuhnya berpuasa, memuji dan membesarkan Allah sepanjang Ramadhan maka dia akan memperoleh anugerah Allah yang sangat istimewa iaitu "hati yang suci bersih" laksana kain putih.
Dia seolah2 baru dilahirkan oleh ibunya.
💫(1) Menahan makan minum, jimak dll yang batalkan zahir puasa.
💫(2) Menahan tangan, kaki, lidah, hidung, telinga daripada yang batalkan batin puasa.
💫(3) Menahan diri dari pekerjaan sia2 seperti membaca yang sia2, bercakap2 yang sia2 dsb.
💫(4) Menahan diri dari kelalaian dengan banyakkan zikir, bahkan sedaya upaya kekal zikrullah.
💫(5) Berpuasa dengan penuh keredaan dan kecintaan kepada Allah.
Jika seseorang hamba Allah dapat melakukan kesemua usaha menahan diri zahir dan batin seperti tersebut di atas, ditambah dengan tetap hati ingat Allah, ditambah dengan kecintaan Mutlak kepada Allah, maka pada penghujung puasanya jadilah dia seperti bayi yang baru dilahirkan. Maksudnya hatinya sebenar2 suci sebagaimana permulaan dia dilahirkan. Atau boleh juga disebut kesucian di alam Nur ketika dia menghadap Zat Tuhan Rabbul Jalil. Hal ini dinamakan oleh Ahli Ma'rifat sebagai Tiflul Ma'ani (sebangsa kanak2)
Rasulullah ﷺ bersabda :
Allah Ta'ala mewajibkan puasa Ramadhan dan aku Sunnahkan solat malam harinya. Barangsiapa berpuasa dan Solat malam dengan mengharap keredhaan Allah, maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.
[Imam Ahmad]
Dari kesemua keterangan tersebut, kita dapat memahami apabila seseorang berpuasa dengan sungguh2 dengan hati yang benar2 ikhlas, mematuhi hukum zahir dan batin, iaitu bukan semata2 menahan dari makan minum, tetapi jauh lebih besar dari itu menahan diri dari ucapan dan perlakuan keji seperti mengumpat, hasad dengki, caci maki, fitnah, adu domba dll, bahkan jauhi kesemua perkara2 sia2, maka dia akan menjadi insan yang bersih apabila dia keluar dari Ramadhan. Hatinya memancarkan cahaya Iman. Hatinya ibarat kain putih yang bersih.
Maka inilah hasil puasa Ramadhan yang suci, Inilah kesudahan / buah puasa yang benar sebagaimana yang di kehendaki Allah Ta'ala, iaitu ( لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ).
Cuba perhatikan dan bandingkan kenyataan ini dengan konsep Taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sana akan terlihat dengan jelas sekali persamaan yang benar di antara "Matlamat puasa Ramadhan" dengan Sistem Pendidikan Ma'rifat yang diwarisi turun-temurun dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ yang bertujuan membentuk jiwa2 yang benar2 Taqwa.



