بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 9: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid

Blog post description.

PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID

8/17/20268 min read

Siri 9 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alim Fiqh, Hafiz-Hafizah, PhD, Mufti, Qadhi dan seluruh Ummat WAJIB menyertai Madrasah Ahli Ma'rifat @ Ahli Sufi

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Salah satu kesilapan orang2 Islam awam memahami Madrasah ini adalah anggapan bahawa ianya untuk golongan tertentu. Dan lagi anggapan yang keliru adalah, Madrasah Sufi ini dianggap pentingkan zikr sahaja dan tinggalkan terus urusan dunia.

Kedua anggapan ini tiada kena mengena dengan Madrasah Ahli Sufi yang diwarisi dari Rasulullah ﷺ.

Yang benar adalah sebagaimana yang telah kami bentangkan di atas, bahawa Tarbiyyah Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat meliputi zahir dan batin, jasmani dan rihani, ruh dan jasad, Fiqh dan Tasawwuf, Syari'at dan Haqiqat tanpa memisahkan kedua2 unsur diri insan. Matlamatnya melahirkan insan2 yang bertaqwa, yang memperoleh keredhaan Allah.

Demikian juga Madrasah ini adalah untuk seluruh ummat Islam yang cintakan Allah dan Rasulullah ﷺ. BUKAN kepada golongan tertentu.

Lebih2 lagi ianya amat diperlukan oleh cerdik pandai agama - orang2 alim fiqh (ulama yang mahir fiqh sahaja), hafiz dan hafizah Qur'an, PhD, Prof, Masters Universiti dll sepertinya yang hanya menitikberatkan soal zahir, kerana mereka lebih terdedah kepada bahaya syirik khafi - riya', ujub, takabbur dll.

Ini satu lagi fakta Sejarah Ummat Rasulullah ﷺ TIDAK ada suatu sistem Pendidikan pun yang dicipta oleh manusia mampu mengatasi Sistem Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi bagi melahirkan Insan2 suci, insanul Kaamil (insan sempurna), bertaqwa yang diredhai Allah kerana Madrasah ini pada hakikatnya adalah Gedung Pancaran Cahaya Nubuwwah yang bertunjang dari Al-Qur’an dan Sunnah Nabi.

Pembelajaran dan Pendidikan awal di sekolah atau di universiti atau pusat2 agama sekalipun, semua itu hanyalah permulaan mengenal Agama, permulaan mengenal syari’at, permulaan mengenal Allah berdasarkan pemahaman aqal, sedangkan untuk memperoleh cahaya Iman di hati dan ubudiyyah tanpa sebarang kesyirikan (syirik khafi), seseorang Muslim perlu melazimkan dirinya di dalam Madrasah Tarbiyyah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Shaikh @ Mursyid yang Siddiq.

Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :

Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan2 ini. Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh Masyaa'ikh (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ guru Mursyid). Kamu perlu mendengar baik2 arahan mereka dan mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.

Mintalah pada mereka nasihat2 berkenaan nafsu2 (yang rendah dan jahat), dan kelemahan2 lainnya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.

Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu2 kejahatan.Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu2 tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]

Imam Al-Ghazali

“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik (murid) yang menempuh jalan kebenaran adalah bahawa dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik keruhanian (dipanggil juga Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Murabbi) yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya,serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan menggantikannya dengan akhlak-akhlak yang terpuji.

Yang dimaksud dengan pendidikan di sini, hendaknya seorang pendidik keruhanian menjadi seperti petani yang merawat tanamannya. Setiap kali dia melihat batu atau tumbuhan yang membahayakan tanamannya, maka dia langsung mencabut dan membuangnya.Dia juga selalu menyirami tanamannya, agar dapat tumbuh dengan baik dan terawat, sehingga menjadi lebih baik dari tanaman lainnya.

Apabila engkau telah mengetahui bahawa tanaman memerlukan perawat, maka engkau akan mengetahui bahawa seorang salik wajib mempunyai seorang Mursyid. (Shaikh Sufi @ Murabbi ) Sebab, Allah mengutus para Rasul kepada umat manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus. Dan sebelum Rasulullah wafat, Baginda telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah. Begitulah seterusnya, sampai hari Qiamat.

Oleh kerana itu, seorang salik mutlak memerlukan seorang Mursyid.”

[Khulasah at-Tasaniff Fi-Tasawwuf]

Ummat Islam yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, yang ingin memperoleh kecemerlangan Iman @ Tauhid yang suci murni, yang ingin memperoleh ikhlas yang hakiki, yang ingin memperoleh khusyu' di dalam solat, yang ingin memperoleh ketaqwaan, yang ingin membebaskan dirinya dari syirik (syirik khafi) dan mazmumah (sifat kekejian hati), yang benar2 inginkan kejayaan dunia akhirat…. perlu bangkit segera dari tidur …!

Orang2 alim Fiqh, professor, pemegang Ijazah, Pemegang gelaran PhD, Mufti, Qadhi, Hafiz Qur’an, Penghafal Hadith dan orang Islam seluruhnya sedarlah … Ilmu syari’at semata2 tanpa bimbingan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi tidak akan menjadikan seseorang Islam itu beriman dengan Iman yang sebenar. Tauhidnya sentiasa dicampuri syirik khafi dan mazmumah. Perjuangannya, sentiasa dibayangi kerakusan pada dunia, pangkat, kedudukan dan kemasyhuran..!

Susah menerima kenyataan diri?

Dengarlah pengakuan ikhlas dari salah seorang tokoh Ulama terulung Ahlus Sunnah, iaitu Imam Ghazali, رضي الله عنه.

Perhatikan dengan teliti pengalaman beliau sebelum dan sesudah memasuki Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat…

Imam Ghazali merupakan tokoh yang unik untuk dijadikan contoh perbandingan terutama contoh bagi orang2 Islam yang masih kabur berkenaan “ruh Islam” yang sebenar, penuntut2 Universiti yang mempunyai Ijazah di tangan dan menganggap dirinya sudah hebat, penghafal2 Al-Qur’an yang merasa dirinya cukup dengan hafalannya, penghafal2 Hadith yang merasa serba tahu dengan ilmunya, si alim yang sudah mahir berbagai kitab2 dan merasa memadai dengan ilmu kitabnya… kesemua mereka ini perlu menyelami kisah Imam Ghazali ini kerana Imam Ghazali sudah memiliki semua Ilmu yang disebutkan di atas pada awal perjuangan hidup beliau sebagai muallim dan Guru Besar Agama, dan sudah pun bergelar Hujjatul Islam, sebelum memasuki Dunia Ma’rifat..!

Ini kisah ringkasnya,

~~~~~~~~~~~~~~~

Pada awalnya beliau belum memasuki Madrasah Ahli Sufi.

Pada permulaan perjuangan beliau sebagai pendidik, beliau adalah seorang alim di dalam Fiqh /syari’at tetapi belum memperoleh Ilmu Ma’rifat. Ketika itu beliau sudah pun terkenal sebagai Hujjatul Islam yang cukup hebat dengan keilmuan syari’at dan ilmu alat beliau. Beliau adalah Profesor dan Guru Besar Universiti Nizamiyyah, di mana penuntut2 dari seluruh dunia datang menunut dengan beliau.

Walaupun demikian… walaupun beliau mahir di dalam seluruh disiplin ilmu Islam, walaupun sudah bergelar Hujjatul Islam, walaupun menjadi Guru Besar Universiti unggul ketika itu, - walaupun memiliki semua keistimewaan demikian, semua itu tidak membantu beliau khusyu' di dalam solat.

Beliau mengaku ketika itu beliau tiada keikhlasan, beliau mengaku beliau masih mempunyai cita2 kepada dunia.

Akhirnya beliau sedar, dari Petunjuk Allah Yang Maha Pemurah bahawa ilmu fiqh yang beliau miliki selama itu belum cukup untuk mengabdi kepada Allah Ta’ala, bahkan beliau terasa beliau sedang berada di jurang kebinasaan (kebinasaan kerana kerosakan Tauhid @ Iman), maka beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Baghdad dan bersahabat dengan Ahli Ma’rifat untuk menerima pendidikan dan asuhan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi.

Setelah berhempas pulas antara dunia dan akhirat, antara kemasyhuran dunia dan keuntungan akhirat, antara pangkat kemuliaan dunia dan kemuliaan di sisi Allah Ta’ala, akhirnya beliau tekad memutuskan untuk meninggalkan jawatan besar sebagai Guru Besar Nizamiyyah dan di anggap agung ketika itu untuk bergabung dengan Ahli Sufi, menyertai Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat. (Baca kisah penuh beliau pada artikel2 terdahulu berkenaan Sejarah Hidup beliau).

Di sana beliau telah menyerahkan dirinya untuk di pimpin oleh beberapa orang Guru Ahli Sufi. Ringkas kisahnya, beliau mujahadah selama 11 tahun (sebelas tahun) di dalam Madrasah Ahli Sufi, dengan mengikuti sekalian disiplin Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi dengan sungguh2 sehingga akhirnya beliau menemui hakikat kebenaran yang beliau cari, beliau menemui mutiara yang tiada ternilai harganya, lalu berkata inilah jalan sebenar yang diredhai Allah, inilah jalan yang telah dipelopori oleh Junjungan Besar Rasulullah.

Buktinya adalah kata2 beliau ini…

Berkata Imam Ghazali di dalam Kitab Munqiz Min-Adh Dholal :

"Selama waktu berkhilwah (uzlah mengikut disiplin Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya,tak mungkin di istiqsa ( membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya ) Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, kaum Sufi (Ahli Ma'rifat @ Shaikh @ Mursyid ) itulah yang benar2 telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala. Merekalah golongan yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya.

Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’, semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil; sebab segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, diterangi cahaya Kenabian.

Di dunia tiada cahaya yang lebih terang darinya. Pendeknya, apakah yang dikatakan orang tentang suatu di jalan yang dimulai – sebagai syarat pertama – dengan membersihkan hati, mengosongkannya sama sekali dari segala suatu selain Allah Ta’ala? Sedang kunci pembuka pintunya laksana takbiratul ihram bagi solat ialah istighraq hati denga zikir kepada Allah. Akhirnya sama sekali fana’ pada Allah Ta’ala ; keadaan fana’ ini penutup bagi taraf pertama, yang hampir masih di dalam batas ikhtiar dan kasab. Padahal ini sebenarnya merupakan permulaan toriqat sedang yang sebelumnya itu hanyalah merupakan dihliz(kecil) menunjuk kepadanya.

Dari awal Toriqat ini mulailah peristiwa2 mukasyafah dan musyahadah hingga akhirnya dalam keadaan jaga mereka dapat melihat Malaikat dan arwah para Nabi, mendengar suara mereka dan mendapat pelajaran dari mereka. Dari tingkat ini naik pula ke beberapa tingkatan yang meninggi jauh di atas ukuran kata2. Tiap usaha untuk melukiskannya dengan kata2 tentulah akan sia2, sebab setiap kata yang dipakai pastilah mengandung salah faham yang tak mungkin menghindarkannya.

Akhirnya sampailah ia ke darjat yang begitu dekat kepada-Nya, hingga ada orang yang hampir mengiranya “hulul” atau “ittihad” atau “wusul” semua kiraan itu salah dan ini telah kami terangkan dalam karangan kami Al-Maqsidul Aqsa (Tujuan Terakhir). Barangsiapa mengalaminya hanya akan dapat mengatakan bahawa itu suatu hal yang tak dapat diterangkan, indah, baik, utama, dan janganlah lagi bertanya.

Pendeknya barangsiapa yang belum dikurnia Tuhan mengalaminya belumlah ia mengenal haqiqat Kenabian. Lebih dari namanya belaka. Sebenarnya karomah Auliya adalah bidayah Anbiya’ yang demikian itu adalah hal Rasulullah ketika khilwah di bukit Hira’ hingga orang2 Arab berkata Muhammad jatuh cinta kepada Tuhannya. Hal ini dapat difaham dengan “zauq” oleh orang yang melalui jalannya.

Adapun orang yang belum mengalaminya pun dapat juga memahami sekadarnya dengan sering bergaul dengan Kaum Ahli Sufi itu atau dengan membaca huraian2 seperti yang ada pada karangan kami, “Ajaaibul Qalb” (keajaiban Hati) iaitu sebahagian dari KItab kami Ihya Ulumuddin. Mencapai suatu pengertian dengan alasan dan bukti keterangan adalah ilmu namanya ; mengalaminya bernama “zauq”; dan menerimanya kerana yaqin (dengan penglihatan matahati - pent) adalah Iman. Jadi adalah tiga darjat

Firman Allah :

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ

"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."

[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]

Di luar mereka adalah orang2 jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa hairan mendengar kisahnya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai omong kosong. Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;

وَمِنۡہُم مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًا‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ

"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.

[Muhammad (47) : Ayat 16]

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ

(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya (23)

[Muhammad (47) : Ayat 23]

[Tamat Petikan KItab Munqiz Min-Adh Dholal]

Ini kenyataan tegas dari seorang Ulama Ahlus Sunnah yang mengalami sendiri sistem Pendidikan Madrasah Ahli Sufi, BUKAN sekadar teori. Perhatikan perjalanan hidup beliau yang pada awalnya terkenal dengan keilmuan syari’at (fiqh) sahaja, di mana beliau tiada mendapat ketenteraman di dalam hati, ruh, Imannya… berbanding dengan hasil yang beliau peroleh setelah menerima pendidikan Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Ulama Pewaris Nabi yang sebenar. Jauhnya antara langit dan bumi…!

Buktinya adalah hasil yang terlihat dari ucapan, penulisan dan pendekatan beliau kepada Sistem Pendidikan Islam yang berubah secara mutlak. Beliau menjadi seorang Alim dan Arif yang benar2 kenal Allah Ta’ala dari pancaran cahaya hati (sebagaimana huraian kita pada helaian2 sebelum ini). Allah Ta’ala anugerahkan beliau ilmu hikmah kebijaksanaan, ilmu hakikat dan kasyaf yang tinggi. Maka jadilah beliau juga salah seorang dari Ahli Ma’rifat yang ulung pada zamannya.

Ketika itu baru beliau sedar makna Ulama Warisatul Anbiya’ yang sebenar sehingga sekalian penulisan beliau kemudian dari itu, yang menyentuh bab Ulama Pewaris Nabi, beliau akan menyebut bahawa Ulama Warisatul Anbiya’ yang sebenar adalah Ahli Sufi..!

Ringkasan dari penegasan beliau diatas:

1) Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi adalah sebenar Ulama Pewaris Nabi yang telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala.

2) Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi adalah Jalan terbaik bagi mencapai Tauhid dan Keikhlasan sehingga memperoleh keredhaan Allah.

3) Jika sekalian cerdik pandai seluruh dunia berhimpun untuk mengadakan suatu Sistem Tarbiyyah seperti Madrasah Ahli Sufi, mereka tidak akan berjaya.

4) Barangsiapa belum merasai kemanisan Ma’rifat, tidak akan mengenali hakikat Kenabian, kebenaran Tauhid, kesucian jiwa … melainkan hanya pada sebutan.

5) Orang Islam yang belum dapat bersahabat dengan Ahli Sufi, masih boleh mendapat percikan cahaya Ahli Sufi dengan membaca kisah2 mereka.

6) Mereka yang mengejek, memusuhi Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi adalah manusia2 yang buta matahatinya dan mendapat la’nat Allah.

Wallahu A’lam

Bersambung siri ke-10...Insya Allah.

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳

Pesanan

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳