بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 95: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 9: Bai'at kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

sambungan....

9.5 Bentuk (jenis-jenis) Bai’at

sambungan....

Ke-6: Bai’at Berulang kali

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Hai Salamah, tidakkah engkau berbai’at?” “Saya sudah pada Ba’iat yang pertama ya Rasulullah,” jawabku. Maka Rasulullah ﷺ menjawab: “Lakukanlah juga pada Ba’iat yang kedua!”

[Imam Bukhari]

Ke-7: Ba’iat Untuk Jihad

Dari Sayyidina Anas Radhiallahu Anhu, beliau berkata; “Rasulullah ﷺ berangkat di suatu pagi yang dingin sedang kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali Khandaq (parit), lantas Rasulullah ﷺ melantunkan sebuah bait syair;” “Ya Allah, sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan Akhirat, maka Ampunilah kaum Ansar dan Muhajir.” Serta-merta para Sahabat menyahut dengan bait syair; “Kita adalah yang berbai'at kepada Muhammad untuk jihad sepanjang hayat.”

[Imam Bukhari]

Hadith Rasulullah ﷺ:

Sayyidina Ya'la bin Umayyah Radhiallahu Anhu berkata; “aku datang kepada Rasulullah ﷺ bersama Abu Umayyah ketika hari penaklukan Makkah lalu aku berkata;” “Wahai Rasulullah bai’atlah ayahku untuk berhijrah,” kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: “Aku membai’atnya untuk berjihad kerana hijrah telah terputus.”

[Imam An Nasai]

Ke-8: Bai’at Wanita

Hadith Rasulullah ﷺ:

Dari Sayyidina ‘Urwah Radhiallahu Anhu bahawa Sayyidatina Aisyah Radhiallahu Anha, telah memberitahu kepadanya mengenai Bai'at Rasulullah ﷺ kepada para wanita. Beliau berkata; “Tidaklah Rasulullah ﷺ menyentuh tangan wanita sama sekali kecuali Baginda ﷺ mengambil Sumpah atasnya,” maka apabila Baginda ﷺ telah mengambil Sumpah atasnya, Baginda ﷺ berkata: “Pergilah, aku telah membai'at kamu semua!”

[Imam Abu Daud]

Bersambung siri 440 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 439)

■■■■■■■■■■■■■■■■■