
Soal Jawab Agama 1
Soalan Jawab Agama menghimpunkan pelbagai persoalan yang sering diajukan oleh ahli serta masyarakat mengenai Ilmu Fiqh, Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Setiap soalan dijawab oleh Tuan Guru Mursyid yang Siddiq berdasarkan dalil, nasihat dan bimbingan yang berteraskan Al-Quran, Sunnah Rasulullah ﷺ serta Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, sebagai panduan ke arah kefahaman agama yang benar.
SOALAN LAZIM
MUSYKIL : MENGAPA ALLAH BIARKAN ORANG BUNUH DIRI?
🔴Soalan:
……………………
Mengapa Allah Ta'ala tak tahan seseorang dari bunuh diri. Bukan kah dia berkuasa utk tahan orang itu dari bunuh diri?
Penjelasan :
……………………
Pertama:
Allah Ta'ala perintahkan manusia mengikut jalan yang lurus. Jalan lurus yang sebenar adalah iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Maka wajib bagi setiap orang beriman memilih jalan benar ini dan tinggalkan semua fahaman2 sesat.
Kedua :
Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah, setiap perbuatan pada haqiqat nya adalah perbuatan Allah. Zahirnya manusia yang melakukan tetapi haqiqatnya Allah Ta'ala menggerakkan setiap perbuatan makhluq. Ini i'tiqad yang wajib di pegang dalam hati, dengan satu penjagaan penting :
Apabila manusia sedang didalam kebaikan - iaitu kebaikan Iman dan Islam ,wajib lah dia bersyukur dan bersungguh2 tetap didalam kebaikan tersebut.
Sebalik nya jika dia sedang berada didalam keengkaran dan kekufuran, maka WAJIB di berusaha sungguh2 keluar dari kejahatan tersebut.
Demikian lagi jika dia berada didalam kebaikan2 dunia seperti kaya, bijak, sihat dll, maka wajib lah syukur kepada ALlah yang mengurniakan semua Ni'mat tersebut.
Jika kamu sihat, sentiasa lah puji ALlah atas kesihatan tersebut. Sebalik nya jika kamu sakit sehingga terganggu ibdah, wajib kamu berusaha untuk mencari kesembuhan dengan merawar sakit.
Jika kamu bijak, syukurlah banyaknya2 kepada Allah di atas kebijaksanaan tersebut kerana pada hakikatnya Allah yang berikan kebijaksanaan tersebut. Sebalik nya jika kamu didalam kejahilan maka wajib lah atas kamu keluar dari kebodohan tersebut dengan apa jua cara yang baik.
Jika kamu mencapai kejayaan, maka kamu wajib mensyukuri kejayaan itu dan i'tiqad semua kejayaan itu daripada anugerah Allah. Sebaliknya jika kamu gagal, maka hendaklah kamu salahkan diri kamu atas kegagalan tersebut.
Demikian lah semua perkara lain dalam kehidupan samada yang bersangkutan khusus bab Iman atau urusan kehidupan SEMUA KEBAIKAN WAJIB lah kamu kembalikan KEPADA ALLAH. dan SEMUA KEJAHATAN, KEKURANGAN, KERENDAHAN ITU kembalikan kepada DIRI KAMU SENDIRI. Kemudian wajib pula berusaha keluar dari semua macam halangan yang menyebabkan kamu lalai dari ibadah atau boleh menyebabkan kamu menjadi kufur.
Ketiga :
Allah Ta'ala memerintahkan manusia mencari jalan2 kebaikan dan keselamatan. Iaitu keselamatan dunia akhirat. Dan Allah Ta'ala melarang kamu melakukan kemungkaran, kefasikan dan kekafiran.
Allah Ta'ala perintahkan kamu solat, puasa, zakat, da'wah, tutup aurat dll.
Allah melarang kamu bunuh diri, melarang minum arak, judi, tenung nasib, buka aurat, bergaul bebas dan lain2 lagi.
Allah Ta'ala juga telah bagi amaran akan ancaman kepada sesiapa sahaja manusia melanggar perintah ALlah tersebut. Di sebut lagi dengan jelas siksaan2 yang akan dikenakan kepada orang2 yang melanggar ketentuan ALlah itu.
Keempat :
Setiap manusia manusia telah di berikan aqal fikiran dan usaha ikhtiar oleh ALlah untuk memilih kebaikan atau keburukan. Setiap manusia akan di lorongkan dan di permudahkan atas apa yang dia pilih. samada dia pilih kebaikan Iman atau kekafiran.
Siapa2 memilih Iman dan Islam serta tetap pada perintah Allah, maka dia akan di lorongkan untuk melakukan kebaikan tersebut. Para Malaikat akan membantu dia.
Sebalik nya sesiapa memilih kekafiran dan kejahatan, dia akan di lorongkan kepada apa yang dia pilih, maka dia akan biarkan ditangan iblis dan nafsu untuk menggiring kepada kejahatan.
===========================
Dengan penjelasan di atas fahamilah, sesiapa yang memilih untuk bunuh diri sedangkan ALlah telah melarang nya, maka dia telah biarkan diri dia ditangan iblis untuk membawa kepada kekufuran. Maka mati lah dia di tangan kekufuran iblis.
Satu contoh lain :
Mengapa si pembunuh di biarkan orang2 yang tidak berdosa seperti kanak2 dan wanita. Tentu kamu akan bertanya, bukan kah ALlah berkuasa untuk menahan pembunuh tersebut. Jawapan nya sama seperti persoalan kamu.
Oleh kerana si pembunuh telah berazam untuk membunuh, maka dia di lorongkan mengikut niat dia. dia di biarkan di tangan Iblis untuk menggiring dia kepada kejahatan dan kekufuran.
Kunci memahami hal ini;
Setiap manusia akan di lorongkan kepada apa dia niat dia dan apa pilihan dia. Jika niatkan kebaikan dan Iman, nescaya dia akan di lorongkan kepada Iman dan kebaikan. Sebaliknya jika dia niatkan kejahatan dan kekufuran, dia juga di lorongkan kepada apa yang dia niatkan. Dan akibat nya dia sendiri akan menanggung nya.
Setiap manusia akan di hitung berdasarkan pilihan dia.
Wallahu A'lam
_______________________
Jawapan⏬
Mursyid Syaikh Sayyid Aboo Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah
Majlis Tazkirah Jilani
🍁🌳🕌🕌🕌🌳🍁

