بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berlandaskan Al-Quran, Sunnah Rasulullah ﷺ serta Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Soal Jawab Agama 2

Soal Jawab Agama menghimpunkan pelbagai persoalan yang sering diajukan oleh ahli serta masyarakat mengenai Ilmu Fiqh, Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Setiap soalan dijawab oleh Tuan Guru Mursyid yang Siddiq berdasarkan dalil, nasihat dan bimbingan yang berteraskan Al-Quran, Sunnah Rasulullah ﷺ serta Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, sebagai panduan ke arah kefahaman agama yang benar

SOALAN LAZIM

7/30/20261 min read

🔴Soalan

……………………

Hukum mengucap Selamat Hari Natal atau Selamat Krismas..

Bukan ka Ada hukum yg terbaru tidak jadi masalah kalau Kita wish atau ucapkan selamat Hari apa apalah kpd sahabat Kita....tidak Ada berdosa....sbb menunjukkan Islam itu toleransi @ mesra walaupun kpd bkn Islam....cth nya....MCM isu ni....

🔵JAWAPAN:

■■■■■■■■■■

LARANGAN UCAP SELAMAT KEPADA PERAYAAN AGAMA LAIN

LARANGAN DOAKAN KESELAMATAN ORANG KAFIR DI AKHIRAT

Moga Allah Ta'ala menetapkan hati kita didalam IMAN @ TAUHID menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Sebarang ucapan selamat kepada perayaaan Agama lain adalah di LARANG.

Demikian juga di LARANG doakan keselamatan atas si mati yang mati nya didalam kekafiran.

Ini kerana apabila seseorang Islam melafazkan ungkapan "Selamat" kepada perayaan Agama lain, maka ianya bererti dia sudah mengakui bahwa Agama lain itu benar. Sedangkan pengakuan begini merupakan keengkaran terhadap lafaz kalimah Syahadah "La Ilaha Illallah"

Demikian lagi ungkapan tersebut membawa makna "mendoakan keselamatan orang kafir pada Akhirat, sedangkan telah ijma' (sepakat) Ulama bahwa mendoakan keselamatan orang kafir adalah di LARANG.

Kata Imam Nawawi :

“Adapun solat atas orang kafir, dan mendoakan agar diampuni dosanya, maka ini merupakan perbuatan haram, berdasarkan nas Al-Qur’an dan Ijma’.(sepakat Ulama)

[Majmu’ 5/120]

Walau bagaimana pun ucapan selamat kepada orang kafir. yang TIDAK ADA kaitan dengan Agama, iaitu semata2 urusan dunia, maka ini di haruskan.

Umpama berucap :

"Moga bahagia bersama keluarga."

"Moga selamat pergi dan balik"

"Moga Bercuti dengan selamat"

Semua lafaz ini adalah HARUS kerana ianya BUKAN berkait dengan Agama dan keselamtan i'tiqad dia.

Kata Imam Nawawi:

……………………………………

“Ketahuilah bahwasanya tidak boleh berdoa untuk orang kafir atau mendoakannya dengan ampunan dan sebagainya dari sesuatu yang tidak layak dikatakan untuk orang orang kafir. Tetapi dibolehkan berdoa untuk orang kafir agar mendapatkan petunjuk, sehat badan, keselamatan dunia,dan yang sejenisnya. Dan kami riwayatkan di dalam kitab Ibnu as-Sunni dari Sayyidinaa Anas Radhiyallahu ‘Anhu, kata nya : Rasulullah pernah minta air kepada Yahudi, dan Yahudi tersebut memberikannya kepada Baginda, maka Baginda pun berkata kepadanya; Jammalakallah, (Semoga Allah baguskan engkau) Maka Yahudi tersebut tidak melihat uban sampai matinya”.

[Al-Azkar An-Nawawi]

Untuk keterangan Lanjut Rujuk Tajuk:

Tasyabbuh (Penyerupaan Yang Di Larang)

Wallahu A'lam

_______________________________

Jawapan oleh:

Shaikh Sayyid Aboo Tohir

Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳