
Soal Jawab Agama 3
Soal Jawab Agama menghimpunkan pelbagai persoalan yang sering diajukan oleh ahli serta masyarakat mengenai Ilmu Fiqh, Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Setiap soalan dijawab oleh Tuan Guru Mursyid yang Siddiq berdasarkan dalil, nasihat dan bimbingan yang berteraskan Al-Quran, Sunnah Rasulullah ﷺ serta Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, sebagai panduan ke arah kefahaman agama yang benar.
SOALAN LAZIM
🔴Soalan
Tn Guru, ummat Islam selalu di serang dan di bunuh. macam di Palesti. skg. ada org suruh boikot barang yahudi. ada org suka boikot tesco. ada org suh boikot kfc. dll. apa pandangan tn Guru terutama saat kita hadapi Isu palestin dan baitul Maqdis
t.kasih
JAWAPAN
وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
CARA HADAPI KEZALIMAN YAHUDI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apa tindakan kita apabila kafir terutama Yahudi serang Ummat Islam?
Adakah boikot barangan kafir dan Yahudi?
Atau demontrasi?
Soalan seperti ini seringkali menjadi bahan perbahasan di kalangan Ummat. Iaitu tindakan wajar yang perlu di lakukan apabila Ummat Islam teraniaya..seperti...
1. Menghina ajaran Islam
2. Merampas wilayah penduduk Islam
3. Menindas, membunuh ummat Islam
Di antara tindakan yang selalu di lakukan oleh masyarakat Islam sebagai tindakbalas adalah boikot barangan yang di keluarkan oleh Yahudi atau negara kafir yang lain. Selain dari itu ada yang melakukan demonstrasi menunjukkan kemarahan terhadap Yahudi dan golongan kafir yang lain.
Berdasarkan manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Baginda Rasulullah ﷺ terdapat dua pendekatan berdasarkan kekuatan Ummat.
1. Berdoa memohon pertolongan kepada Allah Ta'ala agar diberikan pengajaran kepada kafir
2. Menyerang dan menundukkan negara kafir jika Ummat Islam mempunyai kekuatan.
Pendekatan pertama adalah kaedah ketika Ummat Islam masih belum kuat Iman nya, iaitu pendekatan Makkah. Ketika Islam baru mula tersebar, penganut2 nya sedikit dan kebanykan nya masih lemah Imannya.
Pendekatan kedua adalah kaedah ketika Ummat Islam mempunyai kekuatan Iman yang teguh. Iaitu pendekatan Madinah. Ketika di Madinah, Ummat Islam sudah mempunyai sejumlah bilangan dengan kekuatan Iman yang sangat teguh. Iaitu para sahabat Ridhwanullah yang memiliki Keimanan luarbiasa sehingga sanggup mati kerana Allah.
Jika di perhatikan keadaan Ummat zaman ini, keimanan majoriti ummat adalah sama seperti keadaan di Makkah, iaitu sangat lemah Iman nya. Didalam keadaan seperti ini sebaik2 pendekatan dilakukan oleh Ummat adalah :
(1) Muhasabah diri
Seluruh Ummat terutama yang terkena musibah wajib muhasabah diri.
Wajib muhasabah diri sebab2 terkena musibah tersebut. Menurut pegangan kita Ahlus Sunnah, tidak lah terkena musibah pada seseorang atau individu melainkan tersimpul didalamnya beberapa asbab, pengajaran, i'tibar atau juga thawab (balasan baik)
Kemungkinan terjadi musibah kerana keengkaran dan kekufuran Ummat Islam kepada Allah Ta'ala. Seperti yang terlihat hal keadaan ummat zaman ini yang rata2 abaikan perintah Allah Ta'ala, abaikan solat, tidak mengeluarkan zakat, pergaulan bebas seperti kafir, makan riba., wanita2 bertelanjangan (walaupun berpakaian tetapi tidak menutup aurat dengan benar), pemerintah2 Islam menjadi fasiq dan zalim.
Inilah keadaan ummat pada zaman ini. Maka sewajarnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum menyalahkan syaitan, menyalahkan Yahudi dll kerana punca kemalangan ada pada diri sendiri.
JIka didapati ummat yang terkena musibah itu sememangnya didalam keengkaran dan kekufuran maka sepatutnya TAUBAT segera...!
Tiada makna nya menyalahkan musuh2 di luar seandainya musuh2 itu di bela orang2 Islam dalam diri tanpa mereka sedari.
(2) Memohon Pertolongan Allah
Dalam hal ini ada dua pendekatan,
Pertama :
Berdoa agar di berikan hidayah kepada orang2 kafir yang memusuhi Islam
Kedua:
Memohon kepada Allah agar di hancurkan perbuatan mereka. Iaitu dengan Berdoa, Solat hajat, Baca Qunut Nazilah dll.
Kedua2 kaedah ini mempunyai dasar didalam Sunnah Baginda Rasulullah ﷺ.
Umpama nya ketika Baginda Rasulullah ﷺ berda'wah ke Taif, Baginda di hina dan di lempar dengan batu sehingga luka2 berdarah tubuh Baginda yang mulia. Ketika itu Baginda menadah tangan kepada Allah agar kaum kafir Taif itu di ampuni dan di berikan hidayah.
Pada ketika yang lain, Baginda doakan kehancuran musuh2 Allah. Umpama nya ketika kaum Kafir Najdi membunuh 70 orang sahabat Baginda yang di utus ke wilayah Najdi untuk berda'wah. Baginda tersangat sedih atas pembunuhan para sahabat pilihan Baginda lantas Baginda melakukan Qunut Nazilah selama sebulan.
Riwayat Bukhari dan Muslim:
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية
"Sesungguhnya Nabi ﷺ. mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz Al-Quran dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah yang membunuh Sahabat2 Nabi)."
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Allah Ta’ala berfirman,
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
Firman Allah:
لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
[Al-Nisa’ (4) : ayat 148]
Kata Ibnu Abbas :
“Allah tidak suka seseorang mendoakan keburukan untuk selainnya, kacuali ia dalam keadaan dizalimi. Allah memberikan keringanan baginya untuk mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya dan itu ditunjukkan oleh firman-Nya, “Kecuali oleh orang yang dianiaya.” (namun), jika bersabar maka itu lebih baik baginya."
Ayat Qur'an dan Hadith ini menjadi dalil, bahwa di benarkan doakan kehancuran kepada musuh2 Allah.
(3) Menggunakan kekuatan ketenteraan melawan kafir.
Jika ummat Islam mempunyai kekuatan (Iman) dan bilangan tentera yang memadai, maka di izinkan perang melawan musuh2 Allah.
Firman Allah :
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
[Al-Hajj (22) : ayat 39]
Kebenaran tindakan ketenteraan ini adalah dengan syarat2 :
1. Ummat Islam mempunyai kekuatan Iman yang teguh
2. Bilangan tentera yang munasabah menghadapi musuh.
3. Dilakukan oleh Pemerintah yang berkuasa atas ummat, samada Khalifah atau Ulama yang memerintah. Ertinya tindakan melawan dengan kekuatan bukan tindakan peribdi tetapi keputusan musyawarah Kepimpinan Ummat Islam.
🍁🍁🍁
Berdasarkan kenyataan yang wujud pada zaman ini, dengan segala kelemahan dan kekurangan pada Ummat Islam, pendekatan yang benar adalah dua perkara tersebut di atas iaitu :
Pertama : Muhasabah diri
Kedua : Menggunakan kekuatan doa.
Mohon kepada Allah hidayah kepada golongan zalim dan kehancuran bagi musuh2 Allah
Pendekatan boikot barangan?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Bagaimana pendekatan setengah pihak yang anjurkan boikot barangan Yahudi?
Boikot barangan buatan orang kafir tidak lah menjadi agenda utama menghadapi kezaliman orang kafir terutama Yahudi kerana beberapa sebab :
(1) Hampir semua barangan termasuk pakaian, peralatan letronik, alat komunikasi, adalah hasil buatan Yahudi atau ada kaitan dengan penghasilan Yahudi.
(2) Banyak negara2 kafir termasuk Amerika, England, Perancis, Sepanyol di duduki juga oleh orang2 Islam.
(3) Sebahagian syarikat2 milik orang kafir di kendalikan juga oleh orang2 Islam atau mempunyai saham perniagaan didalam nya.
(4) Pekerja2 di kilang2 milik orang kafir adalah sebahagian nya terdiri dari orang2 Islam.
(5) Boikot barangan tidak banyak berikan kesan kepada ekonomi orang kafir, sebalik nya boikot tersebut boleh jejasakan pedagang2 Islam yang mempunyai dagangan dengan syarikat2 kafir.
Demonstrasi /tunjuk perasaan?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Apa pula hukum demontrasi /tunjuk perasaan sebagai bantahan ?
Jika demonstrasi atau tunjuk perasaan itu dilakukan didalam kaedaan aman tanpa mendatangkan keadaan huru hara, kerosakan peralatan milik awam dan tidak menjejaskan ibadah ummat maka ia nya harus kerana ini termasuk melahirkan kebencian terhadap kemungkaran dan kezaliman.
Sebalik nya jika keadaan tunjuk perasaan tersebut bawa kepada kemusnahan kemudahan awam, kerosakan kepada perniagaan Muslim, menghalang ibadah, percampuran lelaki wanita dan lain2 yang di larang, maka ini tidak syak lagi jatuh haram.
Wallahu A'lam
_______________________________
Jawapan:
Shaikh Sayyid Aboo Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

