
Soal Jawab Agama 4
Soal Jawab Agama menghimpunkan pelbagai persoalan yang sering diajukan oleh ahli serta masyarakat mengenai Ilmu Fiqh, Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Setiap soalan dijawab oleh Tuan Guru Mursyid yang Siddiq berdasarkan dalil, nasihat dan bimbingan yang berteraskan Al-Quran, Sunnah Rasulullah ﷺ serta Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, sebagai panduan ke arah kefahaman agama yang benar.
SOALAN LAZIM
Assalamualaikum ustaz..
Apa hukum jika kita pakai makanan tambahan atau supplement utk putihkan kulit?
Jawapan
وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ
Hukum nya berbeza bagi wanita yang sudah berkahwin dengan yang bekum berkahwin..
Wanita sudah berkahwin
Jika wanita yang sudah berkahwin, harus hukum nya hiasi wajah termasuk makan apa2 makanan tambahan untuk cantikkan wajahnya dengan syarat...
(1) Niat nya adalah untuk menyenangkan hati suami.
Sebaliknya, Jika dia berniat untuk menarik kaum lelaki atau untuk bermegah2, maka jatuh haram.
(2) Apabila dia keluar rumah wajib tutup muka nya kerana sudah melakukan hiasan pada wajah.
Ini kerana hukum asal menyebut :
Harus menampakkan wajah dan dua tapak tangan dengan syarat tiada perhiasan tambahan pada kedua anggota tersebut.
Maksud nya, Sebarang penambahan hiasan pada wajah dan jari seperti mamakai inai pda jari, memakai subang pada hidung dll. WAJIB ditutup dari pandangan lelaki ajnabi.
Wanita yang belum berkahwin
Tidak harus wanita yang belum berkahwin untuk memutihkan kulit muka nya kerana tiada sebab yang harus bagi dia.
Wallahu A'lam
💮mursyid Syaikh Sayyid Aboo Tohir

