Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 1
Blog post description.
SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SYARAT SHAIKH MURSYID
@ WARISATUL ANBIYA' YANG
SIDDIQ (BENAR) Siri 1
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Berikut adalah petikan ringkas dari Risalah induk kami bertajuk :
"Mursyid Pewaris Nabi Sebenar"
Untuk mendapat keterangan penuh sila mentelaah Risalah induk. Syukran
Muqaddimah
……………………………
Alhamdulillah, besarnya Rahmat Allah bagi sesiapa dari hamba Allah yang di tunjukki oleh Allah untuk mengambil bai'at dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) mengikuti Jalan Ma'rifat Ilahiyyah yang suci.
Sesungguhnya Jalan Ma'rifat adalah Jalan Rasulullah ﷺ mendidik para sahabat Baginda. Setelah kewafatan Baginda, Jalan Ma'rifat ini kemudiannya diwarisi oleh para Sahabat Ridhwanullah, kemudian diwarisi seterusnya oleh Warisatul Anbiya yang di panggil Shaikh Mursyid sehingga ke zaman ini dan akan bersambung ke Hari Qiamat.
Jalan Ma'rifat BUKAN rekaan Ulama, BUKAN pendapat aqal Ulama, tetapi semata2 wahyu Allah yang diilhamkan kepada Rasulullah ﷺ yang kemudiannya diwarisi turun temurun dengan disiplin yang amat rapi dan ketat oleh sekalian Warisatul Anbiya yang siddiq (pewaris Nabi yang benar) yang dipanggil Shaikh Mursyid.
Shaikh Mursyid BUKAN pilihan Guru yang memimpinnya, BUKAN, BUKAN hasil undi, BUKAN pillihan pemerintah negara. Sebaliknya ia semata2 pilihan Allah. Dalil nya Firman Allah :
Firman Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Al Ghawth, Qutb Rabbaniy, Sultan Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu menyatakan dengan jelas, bahawa yang dimaksudkan dengan Firman Allah "yang Kami pilih" pada ayat di atas adalah Ahli Sufi iaitu Shaik Mursyid yang dipilih oleh Allah untuk mewarisi Nabi zahir dan batin.
[Rujukan : Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
Lalu menjadi pertanyaan, siapakah yang mengetahui pilihan Allah itu?
Jawabnya:
Pilihan Allah tersebut diilhamkan oleh Allah kepada Guru yang sedang memimpinnya yang juga Guru Mursyid yang silsilahnya sampai kepada Rasulullah ﷺ.
bersambung siri 2
In shaa Allah
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳My post content



