بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 10

Blog post description.

SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)

8/18/20261 min read

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

SYARAT SHAIKH MURSYID

@ WARISATUL ANBIYA' YANG

SIDDIQ (BENAR)

Siri 10 (akhir)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sambungan.....

________________

Demikianlah kami himpunkan 10 syarat yg wajib ada pada seorang Shaikh Mursyid yang dikenali juga sebagai Ahli Sufi dan Ahli Ma'rifat dan Warisatul Anbiya' yang siddiq (benar) untuk melayakkan dirinya menduduki posisi yang menanggung amanah berat Syari'at Rasulullah ﷺ dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Syarat2 ini diambil dari Fatwa2 Auliya Allah yang terkenal; di antaranya :

☆ Sulton Auliya Al Ghawth Al-A'zhom Rabbani Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani,

☆ Al Ghawth Shaikh Abu Hasan Asy Syazili,

☆Shaikh Junaid Al Baghdadi,

☆Shaikh Ahmad Kamasykhanawi,

☆Shaikh Hujweri

☆ Shaikh Yahya Al-Kholidi

Ridhwanullah alaihi ajma'in

Mudah2an ianya menjadi panduan berguna bagi pencari2 kebenaran / jalan menuju Allah yang haq.

Para Wali Allah, Ulama Pewaris Nabi yang siddiq telah meletakkan garis panduan yang cukup lengkap dan penuh sistematik. Semua syarat, peraturan dan adab yang disusun itu adalah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul. Mereka BUKAN menetapkannya mengikut nafsu. Mereka adalah hamba2 Allah yang takut kepada Allah, mereka musyahadah wajah Allah (menyaksikan wajah Allah) pada setiap saat... Sehingga setiap suatu yang mereka memperbuat adalah di dalam keredhaan Allah.

Maka sayugianya, jangan ada yang cuba pertikaikan peraturan yang telah mereka susun. Ada kalanya setengah perkara yang mereka susun tidak sesuai dengan pendapat aqal atau nafsu kita, tetapi mereka lebih arif berkenaan apa yang diperlukan oleh Ummat.

Wallahu A'lam

__________________

Alhamdulillah, syukur sebesar2nya kepada Allah Ta'ala atas Limpah Kurnia -Nya bagi menyiapkan Risalah kecil ini.

Alhamdulillah,

Allahu Akbar,

Walillahil Hamd.

- SELESAI -

___________________________

Susunan:

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳