Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 2
Blog post description.
SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SYARAT SHAIKH MURSYID
@ WARISATUL ANBIYA' YANG
SIDDIQ (BENAR) Siri 2
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sambungan....
Kemudian jadi pertanyaan lagi, bagaimanakah Gurunya yakin ilham tersebut dari Allah Taala, adakah kemungkinan ianya bisikan nafsu atau jinn syaitan?
Jawabnya,
Seorang Guru Mursyid BUKAN orang awam, BUKAN ustad biasa, BUKAN alim fekah, BUKAN profesor universiti yang hanya faham agama pada aqalnya, tetapi seorang Mursyid yang siddiq adalah Ahli Ma'rifat yang mengenal Allah dengan sebenar kenal, serta di dalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ. Iaitu beliau sentiasa Musyahadah (menyaksikan) Wajah Allah. Serta di dalam pimpinan ruhaniah Rasulullah ﷺ.
Semua unsur2 nafsu jahat dalam diri telah musnah, sekalian sifat mazmumah (keji) telah tumbang, sekalian syirik khafi (syirik tersembunyi) telah binasa.
Dengan demikian semua ilham2 yang diterimanya adalah suci bersih dari sebarang percampuran dari nafsu atau syaitan. Ia nya semata2 dari pancaran cahaya Allah Ta'ala.
Jinn syaitan tiada peluang menghampirinya apa lagi memasukinya.
Demikianlah berlaku penzahiran atau perlantikan seorang Shaikh Mursyid di atas muka bumi.
Mereka akan memegang kekuasaan di muka bumi bagi memakmurkan bumi Allah dengan cahaya Ketuhanan.
Firman Allah:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[An-Nur (24) : ayat 55]
Zahir ayat menunjukkan khalifah pemerintah negara, tetapi hakikatnya adalah "khalifah" keruhanian, Warisatul Anbiya yang dipanggil Shaikh Mursyid yang tetap berpegang kepada Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.
bersambung siri 3
In shaa Allah
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



