Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 3
Blog post description.
SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)
\■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SYARAT SHAIKH MURSYID
@ WARISATUL ANBIYA' YANG
SIDDIQ (BENAR) Siri 3
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sambungan
Mereka menyeru manusia kepada Allah pagi2 dan petang2 (ertinya setiap masa). Dan Allah perintahkan orang2 beriman berserta dengan mereka.
Firman Allah :
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
[Al-Kahfi (18 ) :ayat 28]
Siapakah yang mampu berzikir kepada Allah pagi2 dan petang2, ertinya setiap masa, setiap saat?
Tiada yang diberi kemampuan tersebut oleh Allah Ta'ala melainkan hamba2 pilihan-Nya, iaitu Warisatul Anbiya yang sebenar yang dipanggil Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat.
Selain dari mereka, tiada yang mampu melakukannya (berzikir sepanjang masa, Musyahadah kepada Allah sepanjang masa dan menyeru manusia kepada Allah sepanjang masa). Ianya khusus anugerah Allah kepada orang2 telah mujahadah sungguh dan telah mencapai Maqam Mukasyafah yang tahqiq.
Dengan penjelasan ringkas di atas fahamilah dua perkara penting.
Pertama:
Fahamilah bahawa kewujudan Shaikh Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq adalah thabit dengan Al Qur'an dan Sunnah. Maka siapa pun tidak boleh menafikan kewujudan Shaikh Mursyid yang siddiq ini, kerana telah diakui oleh seluruh Ulama Ahlus Sunnah. Khabarnya berkenaan kewujudan mereka mencapai darjat mutawatir sehingga siapa sahaja menafikan kewujudan Shaikh Mursyid adalah dia engkar kepada Allah dan Rasul dan orang ini BUKAN Ahlus Sunnah yang benar..…! Dia adalah pendusta Agama. Wal Iyazubillah.
Kedua:
Demikian lagi penegasan kedua, Shaikh Mursyid BUKAN pengakuan tanpa bukti.
Seseorang dilarang mengaku Ahli Ma'rifat dan Shaikh Mursyid sewenang nya. Dia mestilah menepati syarat2 UTAMA yang telah ditegaskan oleh Ulama bertaraf Auliya Allah terdahulu. Semua syarat2 ini telah ada di dalam kitab2 Ulama besar Ahlus Sunnah. Dengan demikian seseorang yang menjadi Shaikh Mursyid mestilah seseorang yang telah melalui mujahadah yang panjang pada waktu yang lama di bawah asuhan Gurunya yang siddiq juga dan telah menerima pancaran Ilahiyyah yang melayakkannya menjadi Shaikh Mursyid melalui pengakuan Shaikhnya yang siddiq.
Maka inilah kami mempersembahkan kepada Ummat syarat2 minima seseorang Shaikh Mursyid, pewaris Rasulullah ﷺ. untuk dijadikan panduan di dalam memilih Shaikh Mursyid yang siddiq.
Moga memperoleh hidayah.
bersambung siri ke-4
in shaa Allah
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



