Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 4
Blog post description.
SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SYARAT SHAIKH MURSYID
@ WARISATUL ANBIYA' YANG
SIDDIQ (BENAR) Siri 4
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sambungan.....
Berikut adalah Syarat2 seorang Shaikh Mursyid/ Murobbi / Warisatul Anbiya' yang siddiq - diambil dari kata2 Ulama2 terulung Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Perhatikan sungguh2 semua syarat2 ini, dan ambillah pengajarannya.
□□□□□□□□
PERTAMA:
□□□□□□□□
Beliau termasuk di dalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu yang dipanggil Silsilah keruhanian Nabi.
(Sebahagian orang Islam menganggap silsilah Rasulullah ini tiada asas dalam Agama sehingga mereka menjadi penentang buta. Maka di sini kita bawa 4 dalil sebagai hujjah)
DALIL 1
□□□□□□
Firman Allah :
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf : ayat 108]
Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh metafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau...
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (dikenali sebagai Shaikh Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Murabbi yang siddiq)
Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.
[Surah al-Kahfi : ayat 17] "
Demikianlah penjelasan Imam Jilani didalam Kitab beliau Sirrul-Asrar Fi Ma-Yahtaju Ilayhil Abrar.
DALIL 2
□□□□□□
Firman Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Ulama Warisatul Anbiya, Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah, Mursyid yang Kamil, Shaikh Murabbi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki (seperti perbincangan kita pada Siri ke 5.)
Berkata Imam Jilani,
“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
DALIL 3:
□□□□□□
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap seorang nabi meninggal dunia, maka diganti seorang nabi lainnya.
Maka sesungguhnya tidak ada nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, Namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut ”, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasul menjawab, “Laksanakan baiat seperti baiat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, Kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, karena Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
DALIL 4:
□□□□□□
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah- khalifahku (pewarisku) pada menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada syari'atku."
[Imam Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah]
Kesemua dalil2 diatas menunjukkan kepada Silsilah Rasulullah ﷺ yang berantai2 bersambung2 iaitu dari Rasulullah ﷺ diwariskan kepada Khulafa Ar-Rasyidin (Lapisan Mursyid Pertama) kemudian diwariskan kepada Tabiin (Lapisan Mursyid ke-2) kemudian turun lagi kepada Tabiit Tabiin (Lapisan Mursyid ke-3) dan diwariskan ke bawah lagi iaitu kepada generasi2 Shaikh Mursyid seterusnya sampai ke zaman ini dan bersambung sampai Qiamat.
Cahaya Silsilah ini diwarisi melalui kaedah perpindahan Ilmu @ Prinsip2 Ilmu yang sangat rapi dan dikawal ketat melalui dua Prinsip Agung :
Pertama :
Bai'at serta talaqqi musyafahah
Kedua :
Warid Nur Ilahiyyah ke dalam hati Warisatul Anbiya oleh Allah Ta'ala melalui limpahan Guru dan kemudian ruhaniyyah Masyaikh serta ruhaniyyah Rasulullah ﷺ
Demikianlah jalan ini terkawal ketat sehingga terpelihara keasliannya, tiada dapat diceroboh oleh anasir2 perosak - sama ada golongan sesat atau golongan kafir.
Ini bermakna beliau telah menerima Ijazah kebesaran Shaikh daripada Shaikh- nya yang telah menerima daripada Shaikhnya dan seterusnya ke atas dan ke atas sehingga bertemu Rahmat-Al-Alameen, Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ
Ini merupakan satu dari tanda2 BENAR nya seorang Shaikh Pewaris Nabi.
Sebagaimana kami pernah sebut dahulu, 'Cahaya Silsilah' bukan rekaan atau buat-buatan manusia. ,Tetapi ia adalah pancaran "Nur Muhammad" yang memancar ke dalam hati para Pewaris Nabi.
Dengan pancaran Nur inilah mereka memimpin manusia lain kepada Allah Ta'ala.
Seseorang Guru yang tidak mempunyai silsilah keruhanian ini tidak akan mampu memimpin manusia kepada Hadrat ketuhanan kerana mereka sendiri tak pernah dipimpin dan tidak pernah sampai ke Hadrat ketuhanan, bagaimana mungkin mereka boleh memimpin orang lain....!
Seluruh Pewaris Nabi yang siddiq, yang terkenal dan diakui seluruh Ahlus Sunnah Wal Jamaah, adalah mereka itu dari satu silsilah keruhanian tertentu yang akhirnya sampai kepada Rasulullah ﷺ. Ianya bukan rekaan atau buatan Pewaris2 ini.
Dengan demikian Silsilah yang benar ini akan tetap terpelihara sehingga akhir zaman. Dan orang2 yang menentangnya akan binasa. Wal Iyazubillah!
Sementara itu seseorang Guru yang mengaku Mursyid, tetapi tidak dapat membuktikan dengan menunjukkan silsilah keruhaniannya, maka pengakuan ini tidak dapat diterima. Dan kemungkinan orang ini adalah pendusta yang berpura2 menjadi Guru Mursyid.
bersambung siri 5
In shaa Allah
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



