Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 7
Blog post description.
SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SYARAT SHAIKH MURSYID
@ WARISATUL ANBIYA' YANG
SIDDIQ (BENAR) Siri 7
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sambungan.....
□□□□□□□□□□
SYARAT KE 6
□□□□□□□□□□
Bersifat siddiq (benar) dalam perkataan dan perbuatannya.
Seorang Shaikh yang benar adalah sentiasa BENAR di dalam perkataan dan perbuatannya. Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq.
Apabila mereka berkata2, mereka berucap dengan bahasa yang jelas berserta Hujjah yang jelas dari Al Qur'an dan Sunnah. Mereka TIDAK sesekali menyelewengkan kahendak Allah kepada kebatilan. Mereka TIDAK sesekali mentafsirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut nafsu.
Lihat saja contoh2 sepanjang sejarah Ummat ini dipimpin oleh Imam dan Shaikh Mursyid, seperti Imam Jaafar Siddiq, Imam Hasan Al Basri, Imam Junaid Al Baghdadi, Imam2 Mujtahid Fiqh, Imam Jilani, Imam Sazili, Imam Ghazali, Imam Qusyairi, Imam Asy-Sya'rani, Imam Ibn Atho Illah dll adalah Ulama2 Pewaris yang terpercaya sepanjang zaman.
Ini amat berbeza dengan Ulama2 us-su (ulama jahat) dan Ulama sesat yang mentafsirkan Al Qur'an dan Hadith mengikut hawa nafsu mereka. Golongan ini menjual agama untuk harta benda dunia yang hina.
Syarat ini menjadi satu dari sebab2 terpeliharanya Agama dari dirosakkan oleh Kafir, Munafiq atau Golongan Sesat.
□□□□□□□□□□
SYARAT KE -7
□□□□□□□□□□
Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia .
Hidup beliau penuh di dalam kesederhanaan. Beliau bukan seorang yang mengejar pangkat, kemewahan atau kedudukan. Sebaliknya hidup beliau menjauhkan segala urusan yang menghambatnya kepada keduniaan. Pandangan dan perjuangan beliau adalah seperti perjuangan Nabi صلى الله عليه وسلم, bersifat sederhana dan memadai dengan pemberian Allah dan terus-menerus menyeru manusia kepada Kalimah Tauhid!
Demikianlah mereka mencontohi kehidupan Rasulullah ﷺ dalam kepimpinan mereka.
Seseorang yang mengaku Murshid tetapi mengumpul2 kekayaan atau hidup mewah di atas harta yang ditagih daripada murid2nya, tidak boleh dikatakan Murshid yang haq, sebaliknya dia adalah hamba dunia dan nafsu!
Imam Asy-Sya'rani berkata :
“ Di antara tanda benarnya seorang Shaikh Mursyid adalah : Tidak menyalah-gunakan amanah para muridnya, tidak menggunakan harta benda mereka dalam bentuk dan kesempatan apa pun dan juga tidak menginginkan apa yang ada pada mereka.
[Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah Fi Ma’rifati Qawa’idus- Sufiyyah]
Lain halnya, jika seorang Shaikh itu memperoleh kemudahan2 berupa kebendaaan atau lain2 daripada sumbangan ikhlas muridnya atau daripada orang2 lain, maka ini tidak menjadi kesalahan.
Ertinya mungkin wujud setengah Shaikh Mursyid diKurniakan oleh Allah nikmat kemudahan2 duniawi. Walau bagaimana- pun seseorang Shaikh Mursyid TIDAK sama sekali terpengaruh dengan kekayaan yang dilimpahkan padanya. Sebaliknya beliau akan tetap dan terus ubudiyyah dan khidmat kepada Allah, kemudian Ummat, tanpa henti.
Bagi mereka ada atau tiadanya dunia sama sahaja.
bersambung siri 8
In shaa Allah
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



