Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 8
Blog post description.
SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SYARAT SHAIKH MURSYID
@ WARISATUL ANBIYA' YANG
SIDDIQ (BENAR) Siri 8
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
sambungan.....
□□□□□□□□□□
SYARAT KE-8
□□□□□□□□□□
Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia terutama orang beriman tetapi keras terhadap penyeru2 Kekafiran dan Kesesatan.
Shaikh Mursyid mencontohi segala akhlaq Nabi di dalam pergaulan.
Beliau memiliki sifat2 Nabi seperti sifat penyayang, halim dan sifat2 kemuliaan yang lainnya. Beliau mencontohi Rasul di dalam mendidik Ummat kepada ketuhanan. Beliau sangat penyabar dan lemah lembut di dalam pergaulan sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darjat manusia.
Walau bagaimanapun beliau sangat tegas di dalam mendirikan hukum agama. Ketika Hukum Allah dan Sunnah Rasul dipermainkan atau Ulama Auliya Allah menjadi bahan cacian, beliau akan segera bangkit memerangi golongan sesat yang bertanggungjawab membawa kerosakan.
Beliau mungkin memarahi seseorang yang melanggar hukum Agama, ataupun seseorang yang sangat keras hati, atau menyombong diri, atau penyeru2 kesesatan...... semua ini bertujuan mendidik, bukan kemarahan kerana nafsu.
Firman Allah:
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka...."
[Al-Fath (48) : ayat: 29]
Segelintir orang yang baru berjinak2 dengan dunia tasawwuf menganggap seorang Mursyid itu mestilah seorang yang pendiam, lemah, diam tunduk walaupun orang memijak Agama. Bagi mereka Ahli Sufi itu tak patut marah2 sebab konon itu berlawanan dengan Tasawwuf. Pendapat dan pendirian ini adalah pegangan orang yang dangkal ilmu dan aqalnya. Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi adalah acuan dari Qur'an dan Sunnah. Mereka bertindak sesuai yang di- contohkan oleh Rasulullah ﷺ. Adakalanya Baginda lemah lembut, memujuk dan pada ketika lain Baginda merah matanya marah kepada perkara2 mungkar dan sesat. Demikianlah dicontohi oleh sekalian Perwaris Nabi.
□□□□□□□□□□
SYARAT KE-9
□□□□□□□□□□
Wajahnya, perkataannya, gerak gerinya memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya.
Sesungguhnya ini satu dari tanda terbesar bagi menunjukkan kebenarannya seorang Shaikh Mursyid.
Bagi siapa2 mencari dengan penuh keimanan dan keikhlasan, pasti menemui ciri ini pada seseorang yang benar.
Orang yang memandang beliau akan membawanya kepada ingat akan Allah Ta'ala. Bahkan hanya dengan mengingat2 wajahnya membawa kepada seribu Rahmat Allah di dalam kehidupan dan menolakkan pelbagai kesusahan!
Rasulullah ﷺ bersabda :
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat”
[Imam Al-Haakim ]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sesungguhnya ada sebahagian manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, dan ada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelakan berada di tangannya.”
[Imam Ibnu Majah]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.
[Imam Ibnu Majah]
Para Ulama Ahli Sunnah yang arif mentafsirkan bahwa yang dikehendaki dengan Hadith2 tersebut adalah Shaikh Mursyid yang mewarisi Rasulullah dengan kebenaran.
Kamu melihat tanda2 ini dan akan terpancar dalam hati kamu bahwa inilah Shaikh Mursyid yang kamu mencari selama ini.
bersambung siri 9
In shaa Allah
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



