بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Syarat Shaikh Mursyid Atau Warisatul Anbiya' Yang Siddiq (Benar) Siri 9

Blog post description.

SYARAT SHAIKH MURSYID ATAU WARISATUL ANBIYA' YANG SIDDIQ (BENAR)

8/18/20262 min read

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

SYARAT SHAIKH MURSYID

@ WARISATUL ANBIYA' YANG

SIDDIQ (BENAR) Siri 9

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sambungan.....

□□□□□□□□□□□

SYARAT KE-10

□□□□□□□□□□□

Terkenal di tempat jauh.

Berkata Al-Alim Allamah Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu di dalam Risalah Naqsyabandiah,

"Syarat wasilah (Shaikh Mursyid) yang ke-3 adalah Masyhur namanya di tempat yang jauh."

[Risalah Toriqat Naqsyabandiah, Siri Ma'rifat 1, ms 37]

Seorang Shaikh yang benar akan dikenali oleh mereka2 yang jauh dari tempatnya. Allah Taala akan memberikan ilham dan petunjuk kepada manusia untuk mencari Shaikh ini walaupun dari jauh.

Ulama2 meletakkan syarat ini sebagai membezakan dengan Guru palsu atau penipu. Ini kerana lazimnya Guru yang penipu akan sedaya upaya mengawal muridnya supaya tidak terbocor rahsia kejahatannya. Salah satu cara adalah dengan mengongkong mereka dengan dakwaan2 palsu.

Walau bagaimanapun syarat ini BUKAN bermaksud seorang Shaikh mesti terkenal sebagaimana terkenalnya selebriti2 TV atau terkenalnya penyanyi2, pemain bola sepak dsb. TIDAK.!

Dari suatu sudut perhitungan yang lain, seorang Shaikh Mursyid yang benar dilindungi "rahsianya" oleh Allah Ta'ala sehingga orang awam melihatnya sama seperti orang biasa. Mereka tiada keistimewaan sisi dunia, tiada sanjungan dunia, mereka bukan ikon yang dipuja2 oleh muda-mudi, mereka bukan personaliti politik atau sosial dunia.

Sebaliknya hidup mereka penuh kesederhanaan serta kelihatan seperti biasa. Sedangkan cahaya Sirr (rahsia) mereka menyinari seluruh alam. Hanya mereka yang bersih ikhlas hatinya akan mengetahui keberadaan mereka.

Satu contoh yang paling dekat adalah Shaikh kami sendiri, Tajul Arifin Al Marhum Shaikh Yahya Al Kholidi, Mursyid Silsilah Nasqsyabandiah Kholidiyah, Pewaris yang ke-36 dari Rasulullah ﷺ. Keilmuan beliau mengatasi keilmuan segala Ulama sezamannya baik dari sudut Syari'at maupun pada sisi Ma'rifat. Beliau di- kurniakan oleh Allah Ta'ala Majlis Khalifah Khususiyah yang sempurna, suatu kurniaan yang jarang2 diperoleh oleh seorang Mursyid.

Namun kehidupan beliau sangat sederhana, tidak menonjol sehingga tidak terkenal seperti Ulama2 biasa. Beliau sering pergi ke pasar Kajang dengan pakaian kain pulikat, baju Melayu dan serban dengan tongkat di tangan, tetapi tiada yang mengenali beliau.

Di antara doa2 masyhur beliau adalah supaya Allah Ta'ala melindungi karamah2 hissiyah yang terjadi pada murid2nya daripada pandangan awam. Maka tiada terlihat sekalian keajaiban2 luar biasa pada murid2 beliau. Murid2 kanan beliau juga kelihatan seperti orang biasa2. Tetapi keruhanian mereka yang tinggi dapat dilihat dan dirasai oleh mereka2 yang mempunyai cahaya mata hati.

Walaupun tidak terkenal di tempat beliau sendiri mastautin, tetapi nama beliau telah masyhur di tempat2 jauh. Beberapa orang Shaikh dari negeri timur tengah datang menziarahi beliau sewaktu hayat beliau dan juga mengambil barakah setelah kewafatan beliau.

Demikianlah... sebahagian Ahlillah tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit dan terkenal di kalangan hamba2 Allah yang jauh2.

bersambung siri 10

In shaa Allah

_______________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳