ZIKRULLAH IBADAH TERAGUNG MUTIARA 15:
ALLAH KURNIAKAN KEMULIAAN KHUSUS KEPADA AHLI ZIKIR
ZIKRULLAH


ZIKRULLAH IBADAH TERAGUNG
MUTIARA 15: ALLAH KURNIAKAN
KEMULIAAN KHUSUS KEPADA AHLI ZIKIR
===============================
HADITH QUDSI:
Rasulullah ﷺ bersabda: Allah Berfirman:
"Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam Diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kumpulan, Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku Datang kepadanya dengan berlari.'"
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
SYARAHAN RINGKAS ULAMA MU'TABAR
==============================
Syarah Imam Ghazali Radhiallahu 'Anhu:
(1) Zikrullah mempunyai beberapa tingkatan.
(2) Zikrullah peringkat permulaan adalah zikir dengan lisan (lidah)
(3) Zikrullah peringkat lebih tinggi adalah zikir hati.
(4) Zikir paling mulia, agung, paling tinggi, paling di Kasihi Allah adalah Zikir Sirr (zikir rahsia — zikir tanpa suara tanpa huruf)
(5) Setiap Muslim perlu amalkan Toriqat (di samping Syariat) dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq (benar) untuk mencapai Zikir Peringkat Tinggi.
(6) Hadith ini termasuk Hadith Mutasyabihat (hadith kesamaran).
(7) Apabila seorang hamba Allah menyucikan hatinya, tumpukan perhatian hanya kepada Allah semata-mata, dia akan memperoleh jazbah (tarikan kepada Allah) yang sangat istimewa.
(8) Allah Mengingati hamba-Nya dalam Diri-Nya adalah bermaksud : Allah Ta'ala Kurniakan ganjaran Ni'mat dan Rahmat yang tersangat Agung.
[Ihya Ulumuddin]
Syarah Imam Nawawi Radhiallahu 'Anhu:
(1) Tanzih (Sucikan Sifat Allah): Kalimah "Aku mengingatinya dalam diri-Ku" tidak boleh difahami secara zahir — jangan membayangkan Allah mempunyai bentuk tubuh, organ, atau tubuh fizikal seperti manusia, kerana ia adalah syirik.
(2) Maksud ungkapan "Nafs" (Diri ) dalam Hadith ini adalah Zat Allah yang Maha Agung, yang "Laisa Kamithlihi Syai'un" (Tiada umpama sepertinya sesuatu)
(3) Zikir secara sembunyi mempunyai keistimewaan tersendiri.
[Syarah Muslim]
Cara terbaik Zikrullah:
1. Ikhlas
2. Pegang teguh Ahlus-Sunnah yang tulen (benar)
3. Pegang teguh Al-Qur'an, Sunnah Rasulullah ﷺ
dan Ulama Mu'tabar.
4. Pegang teguh Syari'at Rasulullah ﷺ (fiqh) dan Toriqat Rasulullah ﷺ (Tasawwuf)
5.Patuhi panduan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)
Panji-Panji Ahlus Sunnah akan terus berkibar
di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sampai Qiamat!
===================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
=====================
TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: KEAGUNGAN ZIKRULLAH
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat



