ZIKRULLAH IBADAH TERAGUNG MUTIARA 16:
ALLAH TA’ALA MENAUNGI AHLI ZIKIR KETIKA TIADA NAUNGAN SELAIN NAUNGAN ALLAH!
ZIKRULLAH


ZIKRULLAH IBADAH TERAGUNG
SYARAH MUTIARA 16:
ALLAH TA’ALA MENAUNGI AHLI ZIKIR
KETIKA TIADA NAUNGAN SELAIN
NAUNGAN ALLAH!
================================
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tujuh golongan manusia yang akan Di-Naungi dengan Lindungan Allah pada hari di mana tiada perlindungan melainkan Perlindungan-Nya, iaitu Pemerintah yang adil, dan pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Tuhannya, Dan lelaki yang mana hatinya tergantung di masjid-masjid, Dan dua orang lelaki yang saling kasih mengasihi kerana Allah, mereka berdua berkumpul dan berpisah kerana-Nya, Dan lelaki yang diminta oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan (untuk berzina), lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah, Dan lelaki yang memberi sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apakah yang diberikan oleh tangan kanannya, Dan lelaki yang berzikir kepada Allah secara khilwah (bersendirian) sehingga mengalir air mata kedua-dua matanya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
SYARAH HADITH (BAHAGIAN AHLI ZIKIR):
Iaitu Menangis Mengingati Allah dalam Sunyi (ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ)
Kedua-dua ulama besar mazhab Syafi'ie ini memberikan Syarah yang sangat mendalam mengenai Hadith ini. Imam al-Nawawi menghuraikannya dalam kitabnya Al-Minhaj Sharh Sahih Muslim, sementara Imam Ibn Hajar al-Haythami menyebutnya dalam kitab Al-Fath al-Mubin bi Sharh al-Arba'in
Berkata Imam al-Nawawi Radhiallahu ‘Anhu:
Perkataan “khaliyan” ( خَالِيًا ) bermaksud sunyi daripada pandangan orang lain (khilwah – suluk - bersendirian) atau sunyi hatinya daripada keterikatan dunia. Air mata yang mengalir itu lahir secara spontan hasil daripada rasa takut (khauf) terhadap 'Azab Allah atau rasa rindu dan Agung terhadap Rahmat-Nya (roja').
[Syarah Sahih Muslim]
Berkata Imam Ibn Hajar al-Haythami Radhiallahu ‘Anhu:
Menangis dalam kesunyian (khilwah atau Suluk) adalah benteng utama daripada sifat munafiq dan riya’. Sesiapa yang mampu menghadirkan keinsafan sehingga menitiskan air mata ketika tiada sesiapa melihatnya, maka jiwanya telah mencapai kemanisan Iman yang sebenar.
[Al-Fath al-Mubin bi Sharh al-Arba'in]
Panji-Panji Ahlus Sunnah akan terus berkibar
di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sampai Qiamat!
============================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
============================
TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: KEAGUNGAN ZIKRULLAH
TEMA: DUNIA MA’RIFAT
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat
#SyariatToriqatRasulullahﷺ
#MursyidPewarisNabiYangSiddiq



